Home Semasa COVID-19: Catat penurunan, 9,066 kes positif hari ini

COVID-19: Catat penurunan, 9,066 kes positif hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, sebanyak 9,066 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,227,565 kes.

Beliau menerusi ciapan di twitternya berkata, jumlah kes positif harian hari ini menunjukkan penurunan berbanding 10,915 kes pada Sabtu.

Jelasnya, Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,418 kes. Kes positif harian di Sarawak hari ini turut menunjukkan penurunan berbanding 2,121 kes semalam.

“Selain Sarawak, Selangor pula mencatakan sebanyak 1,000 kes: Johor (981); Kelantan (796) dan Sabah (767),

“Manakala, Terengganu pula mencatatkan sebanyak 827 kes; Kedah (670); Perak (669); Pahang (630); Pulau Pinang (620); Melaka (206); Kuala Lumpur (201); Negeri Sembilan (191); Perlis (66) dan WP Putrajaya (24),” jelasnya.

Dr Noor Hisham menambah, Labuan pula tidak merekodkan sebarang kes postif COVID-19 pada hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 10,915 kes positif  dan 109 kes kematian akibat wabak ini. -airtimes.

Related Articles

Leave a Reply