Home Semasa Terus melonjak, 22,948 kes baharu COVID-19 hari ini

Terus melonjak, 22,948 kes baharu COVID-19 hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Jumlah jangkitan kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan sebanyak 22,948 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,489,460 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosial berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi sebanyak 7,175 kes dengan diikuti Sabah (2,583) dan Kedah (2,137).

Selain itu, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 1,655 kes, Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439) dan Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak (1,206).

“Melaka (737); Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42); Putrajaya (26) dan Labuan (9),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 22,242 kes positif baharu dan 225 kes kematian akibat wabak pandemik ini. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply