Home Semasa Aktiviti ‘dine in’ di negeri Fasa 1 PPN dibenarkan esok

Aktiviti ‘dine in’ di negeri Fasa 1 PPN dibenarkan esok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok.

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi ini adalah kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.

“Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik,

“Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam  premis berbanding di luar,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis kedai makan perlu mempastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply