Home Semasa Muhyiddin selesai menghadap Agong

Muhyiddin selesai menghadap Agong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Selepas kira-kira 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pekarangan Istana Negara.

Kenderaan yang membawa beliau keluar pada jam 1.02 petang selepas memasuki Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari.

Ahli Parlimen Pagoh itu dikhabarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, bagi menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Muhyiddin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Dipertuan Agong dan meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 11.45 pagi tadi.

Manakala, Muhyiddin sebelumnya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Kompleks Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply