Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ‘Body Management Team’ Tentera Darat ditugaskan urus mayat mangsa COVID-19

‘Body Management Team’ Tentera Darat ditugaskan urus mayat mangsa COVID-19

by Air Times News Network

SUNGAI BULOH, 15 Ogos – Body Management Team (BMT) diwujudkan di dalam pasukan Greater Klang Valley Task Force (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM) yang ditugaskan untuk menguruskan mayat mangsa COVID-19.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, kumpulan BMT ini bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk menguruskan pemindahan mayat dari wad ke ruangan penyimpanan mayat.

“Anggota BMT juga ditempatkan di 7 buah hospital yang terkesan di Lembah Klang,

“Mereka menggunakan personal protective equipment (PPE), sebagai pakaian seragam harian mereka bagi langkah pencegahan tetap dilakukan bagi mengelakkan para petugas turut dijangkiti wabak COVID-19,” katanya.

Menurut TDM, kumpulan BMT turut bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain dalam menangani wabak yang semakin mengancam kehidupan rakyat.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan dalam penugasan ini paling ketat berbanding penugasan ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR) dan  ‘Rapid Resupply Team’ (RRT),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply