Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ‘Rapid Resupply Team’ Tentera Darat pastikan bekalan oksigen berterusan di wad COVID-19

‘Rapid Resupply Team’ Tentera Darat pastikan bekalan oksigen berterusan di wad COVID-19

by Air Times News Network

SUNGAI BULOH, 14 Ogos – Kumpulan Kedua di dalam pasukan ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) bertanggungjawab untuk melaksanakan proses penukaran tangki-tangki oksigen di wad-wad COVID-19.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, anggota RRT ini ditempatkan di 7 hospital yang terkesan dengan COVID-19, terutamanya ialah di Hospital Sungai Buloh.

“Kumpulan ini bertugas bersama-sama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang bertanggungjawab untuk melaksanakan proses penukaran tangki-tangki oksigen di wad-wad COVID-19,

“Dalam melaksanakan tugasan di wad berisiko tinggi ini, anggota RRT turut mengenakan pakaian penuh personal protective equipment (PPE) sebagai satu langkah mencegah jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Menurut TDM, kelancaran tugasan kumpulan RRT di bawah pasukan GKV TF ini, merupakan kerjasama antara TDM dengan KKM dan juga agensi kerajaan yang lain. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply