Home Politik Tawaran Muhyiddin ibarat rasuah jawatan – Mukhriz

Tawaran Muhyiddin ibarat rasuah jawatan – Mukhriz

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menyifatkan tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tawaran ini merupakan usaha tersedak Muhyiddin yang mahu mengekalkan kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.

“PEJUANG akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Mukhriz, Muhyiddin tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri apatah lagi setelah beliau hilang sokongan majoriti.

“Tan Sri Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply