Home Semasa 6 lokaliti di kenakan PKPD mulai Sabtu ini

6 lokaliti di kenakan PKPD mulai Sabtu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan sebanyak 6 lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 7 hingga 20 Ogos ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 yang dikesan di lokaliti tersebut.

Menurutnya, PKPD tersebut melibatkan 2 lokaliti di Tawau iaitu di Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik.

Sementara itu, satu lagi lokaliti di Sabah melibatkan Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod.

Hishammuddin menambah, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat; Taman Nilam (Zon Biru), Mukim Kuah,Langkawi serta FELDA Sungai Koyan 1 dan 2, Lipis.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan pelanjutan 3 lokaliti PKPD akan dilaksanakan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

“PKPD dilanjutkan di 3 lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu melibatkan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, dan Taman Maidam. Pelanjutan itu berkuat-kuasa pada 7 hingga 16 Ogos,

“Manakala, Kompleks Penjara Bentong termasuk Kuarters, Bentong dan Kampung Joh serta Kampung Maka, Machang, pula dilanjutkan PKPD bermula 7 hingga 20 Ogos depan,” katanya dalam kenyataan berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Sementara itu, 22 lokaliti PKPD melibatkan 3 negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Sabah ditamatkan berkuat-kuasa esok.

Di Pahang, ia melibatkan 14 lokaliti di Temerloh iaitu Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts serta seluruh Kampung Padang Lalang.

“8 lagi lokasi di daerah itu ialah Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, seluruh FELDA Lakum, Kampung Paya Keladan serta Taman Keladan Indah,” ujarnya.

Di Sabah pula, Hishammuddin berkata, PKPD ditamatkan di Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

“Selain itu, 2 lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis,

“Manakala itu, 3 lokaliti PKPD di Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang serta Kampung Ulu Bole turut ditamatkan,” jelas beliau lagi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply