Home PolitikBarisan Nasional Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beliau dalam kenyataan berkata, perletakan jawatan ini mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian UMNO.

“Maka sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti,

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Terima kasih juga kepada pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” jelasnya.  – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply