Home Politik Hormati hak bersuara, hentikan siasatan terhadap Konvoi #Lawan – MUDA

Hormati hak bersuara, hentikan siasatan terhadap Konvoi #Lawan – MUDA

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Naib Presiden MUDA, Lim Wei Jiet menegaskan pihak berkuasa perlu menghentikan siasatan terhadap peserta Konvoi #Lawan.

“MUDA dengan ini menyeru agar pihak berkuasa menghentikan semua siasatan terhadap peserta dan menghormati hak bersuara rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, Konvoi #Lawan yang diadakan semalam merupakan satu wadah untuk rakyat untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

“Ia jelas dibuat tanpa melanggar mana-mana undang-undang dan dilindungi hak bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan,

“Ianya berjalan tanpa sebaran insiden yang memudaratkan,” jelas Lim.

Semalam, Konvoi #Lawan diadakan serentak di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan kepada kerajaan Perikatan Nasional. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply