Home SemasaGlobal Austria kerah tentera halang kebanjiran migran asing

Austria kerah tentera halang kebanjiran migran asing

by M.Daim

VIENNA, 25 Julai – Austria akan mengerahkan pasukan tentera di kawasan sempadan bagi menghalang kemasukan migran secara haram ke negara itu.

Menteri Dalam Negeri Austria, Karl Nehammer dan Menteri Pertahanan, Klaudia Tanner menyatakan anggota tentera dikerah ke kawasan sempadan Slovenia dan Hungary.

Menurut laporan Anadolu Agency, kedua-dua pemimpin itu menegaskan Austria tidak mampu untuk menghadapi peningkatan migran Afghanistan yang memasuki negara itu.

Nehammer menegaskan undang-undang migrasi yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU) tidak berkesan dalam menangani isu tersebut.

Sementara itu, Tanner menyatakan lebih 200 dalang kegiatan penyeludupan manusia telah ditahan di kawasan sempadan Austria-Hungary pada awal tahun 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply