Home Semasa COVID-19: Malaysia catat kes kematian tertinggi

COVID-19: Malaysia catat kes kematian tertinggi

by M.Daim

PUTRAJAYA, 17 Julai – Malaysia catat angka kematian tertinggi harian iaitu 138 orang pada hari ini.

Angka kematian tertinggi direkodkan pada 8 Julai lalu dengan 135 kematian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini akibat wabak itu meningkat kepada 6,866 orang.

Selangor catat kes kematian tertinggi iaitu 46 kes, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 20.

Kuala Lumpur dan Johor masing-masing catat 16 kematian diikuti Pahang (12), Melaka (11), Kedah (7), Perak (4), Pulau Pinang (3), Terengganu (2) dan Sabah (1).

Angka kematian yang dicatatkan pada hari ini melibatkan 128 orang warga negara manakala 10 lagi bukan warga negara. 88% dari korban hari ini mempunyai sejarah latar belakang kesihatan.

Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 12,258 kes jangkitan baharu COVID-19 dengan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 905,851 kes.

Sementara itu, sebanyak 119,814 kes aktif dilaporkan. Seramai 908 pesakit sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 425 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, seramai 6,629 pesakit telah diisytiharkan sembur dan menjadikan seramai 779,171 pesakit disahkan pulih dari wabak pandemik di negara ini.

Hari ini merupakan hari kelima berturut-turut negara mencatatkan kes baharu COVID-19 dalam 5 angka. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply