KUALA LUMPUR, 3 Jul – Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 5 lokaliti di Kelantan mulai 5 hingga 18 Julai 2021 susulan peningkatan kes positif wabak pendamik COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilanjutkan di Kawasan Taman Merbau Utama (Blok A), Mukim Bukit Jawa, Selinsing dan Pasir Putih yang dijadualkan akan tamat pada 4 Julai ini.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,462 ujian saringan dan 125 daripada jumlah itu disahkan positif COVID-19,
“KKM turut mengesahkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni di Blok A ini masih lagi tinggi dan terdapat kes baru dikesan,” katanya.
Dalam pada itu, keputusan pelanjutan PKPD ini dilaksanakan atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Taman Merbau Utama (Blok A), Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Putih, Kelantan. -airtimes-my