Home SemasaGlobal Indonesia bina pusat latihan bersama AS di Batam

Indonesia bina pusat latihan bersama AS di Batam

by M.Daim

JAKARTA, 29 Jun – Indonesia dan Amerika Syarikat mula membina pusat latihan maritim bernilai US$3.5 juta di Batam.

Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) dalam satu kenyataan berkata, majlis pecah tanah telah diadakan secara maya pada Jumaat lalu.

Majlis yang diadakan di Pangkalan Armada Batam telah disempurnakan oleh Duta Besar AS ke Indonesia, Ang Sung Kim dan Laksda Bakamla Tatit E. Witjaksono S.E  yang mewakali Ketua BAKAMLA Republik Indonesia, Laksamana Madya TNI Aan Kurnia, S.Sos.

Menurut Kim, AS komited untuk menyokong Indonesia dalam memainkan peanannya dalam menjaga keamanan dan keselamatan perairan serantau.

Menurut kenyataan itu, pusat latihan ini merupakan kerjasama antara Bakamla RI, US Coast Guard, oint Interagency Task Force West dan US Navy. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply