Home SemasaGlobal AIRBUS bekal khidmat pemantauan maritim guna satelit kepada United Kingdom

AIRBUS bekal khidmat pemantauan maritim guna satelit kepada United Kingdom

by M.Daim

GUILFORD, 29 Jun – Khidmat bekalan pemantauan maritim satelit oleh AIRBUS telah disambung selama 12 bulan oleh pihak United Kingdom.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, kontrak disambung selepas fasa Pembuktian Konsep (Proof of Concept) telah berjaya dipenuhi.

“Penyambungan kontrak ini sekaligus akan memastikan kawasan  perairan UK akan terus dpantau sepanjang masa,

“Ini sekaligus menjaga kedaulatan sempadan negara itu dari sebarang aktiviti yang mencurigakan,” kata kenyataan itu.

Menurut AIRBUS, khidmat satelit tersebut dibekalkan kepada Joint Maritime Security Centre (JMSC).

JMSC merupakan pusat keselamatan maritim UK yang merangkumi khidmat perisikan dari pelbagai agensi kerajaan.

“AIRBUS akan membekalkan laporan mengenai kapal-kapal yang berada dalam Zon Ekonomi Esklusif UK dengan menggunakan imejan radar dan optical serta data AIS (Automatic Identification System),

“Ini sekaligus membendung sebarang aktiviti haram dan pencerobohan di perairan UK,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply