Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Angkat tangan berdoa, bukan bendera putih – Nik Abduh

Angkat tangan berdoa, bukan bendera putih – Nik Abduh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan mengangkat bendera putih ketika menghadapi ujian bukanlah satu tindakan yang wajar dibuat oleh rakyat.

Beliau menerusi hantaran di media sosialnya turut meminta agar orang ramai tidak mengajar rakyat untuk mengangkat bendera putih tapi sebaliknya berdoa agar diberikan kekuatan.

“Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan,

“Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian bagi merujuk kempen kibarkan #benderaputih yang tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, kempen ini dibuat bagi membantu golongan yang terkesan lebih-lebih lagi untuk orang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan akibat wabak pandemik COVID-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).

Kempen ini telah mendapat sambutan yang hangat di media sosial dan caranya juga mudah untuk orang yang betul-betul memerlukan bantuan. Hanya kibar bendera putih di rumah sendiri jika alami kesusahan kewangan mahu pun bekalan makanan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply