Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat C-130H terbangkan 4 tan kit makanan ke Labuan

Pesawat C-130H terbangkan 4 tan kit makanan ke Labuan

by Nurulhuda

SUBANG, 18 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan misi penghantaran bantuan kit makanan bagi kegunaan penduduk yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Labuan,hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, bantuan kit makanan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia (KWPM) ini telah diterbangkan menggunakan pesawat C-130H dari No.20 Skuardron, Pangkalan Udara Subang pagi tadi.

Menurutnya, antara barangan yang dibawa dalam penerbangan ini adalah barangan keperluan asas iaitu pek beras, gula , tepung gandum dan pek minyak masak dengan anggaran berat keseluruhan yang diterbangkan oleh pesawat TUDM hari ini adalah 4 tan.

Bantuan kit makanan ini daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia, antaranya pek beras, gula, tepung gandum dan pek minyak masak dengan anggaran berat keseluruhan adalah 4 tan. Foto: TUDM

“Proses memuatnaik barangan ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit,

“Proses ini telah dilakukan oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dengan kerja sama loadmaster pesawat C-130H,” jelas kenyataan itu.

Proses memuatnaik kit makanan ini telah dilakukan oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dengan kerja sama loadmaster pesawat C-130H. Foto: TUDM

Tambahnya, sebaik mendarat di Pangkalan Udara Labuan barangan sumbangan telah diserahkan kepada Perbadanan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan bagi tujuan agihan kepada komuniti yang telah dikenalpasti.

TUDM berkata, pihaknya sentiasa komited dan bersiapsiaga dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi menjaga kedaulatan negara disamping menjalankan tugas-tugas penghantaran dalam misi menyalurkan bantuan bagi kesejahteraan rakyat serta negara. -airtimes.my

Proses memuatnaik barangan ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. – Foto: TUDM

Related Articles

Leave a Reply