Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 RAD bantu PDRM kuatkuasa SOP di lokaliti PKPD Perak

3 RAD bantu PDRM kuatkuasa SOP di lokaliti PKPD Perak

by Nurulhuda

Manjung, 2 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakkan anggota bagi membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

Markas Kedua Divisyen Infantri Malaysia (2 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, Rejimen Ketiga Artileri Diraja (3 RAD) telah ditugaskan dalam melaksanakan penguatkuasaan PKPD di Mukim Sitiawan dan Daerah Manjung yang bermula pada 29 Mei hingga 11 Jun 2021.

“Penugasan ini melibatkan 6 Sekatan Jalan Raya (SJR) serta melaksanakan pemasangan Concertina Wire di kawasan tersebut yang diketuai oleh Ketua Bateri Bravo pada semalam,

“Pasukan 3 RAD akan terus membantu melakukan pemantauan di kawasan yang dipertanggungjawabkan supaya kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi dapat dikurangkan di kawasan berkenaan, “ menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dikenakan ekoran peningktan kes secara mendadak di lokaliti berkenaan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 135 kes semasa dalam tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei 2021 sekali gus menyumbangkan sebanyak 58.7 peratus di daerah Manjung.

Selain itu, berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam kawasan berkepadatan tinggi serta jangkitan dalam komuniti di mukim ini yang melibatkan Pekan Sitiawan, Pekan Ayer Tawar, Pekan Kampung Koh, Pekan Pasir Panjang dan Bandar Seri Manjung.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD dapat mengurangkan pergerakan penduduk dalam dan luar mukim, mengelak penularan kes import dan seterusnya mengurangkan risiko penularan di kalangan komuniti setempat. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply