Home Semasa COVID-19 varian India kini dikenali sebagai Delta – WHO

COVID-19 varian India kini dikenali sebagai Delta – WHO

by M.Daim

GENEVA, 1 Jun – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memperkenalkan sistem penamaan baharu bagi mengklasifikasikan varian COVID-19 bagi mengelakkan stigma dan diskriminasi.

“Penamaan varian seringkali berkaitan dengan tempat ianya dikesan. Ini merupakan satu stigma dan diskriminasi,

“Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, WHO menyeru institusi perubatan kebangsaan, media dan semua pihak untuk menggunakan sistem penamaan baharu ini,” kata WHO dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sistem penamaan baharu ini menggunakan abjad Greek bagi memudahkan proses mengenalpasti varian wabak pandemik itu.

“Pemilihan sistem ini dilakukan selepas WHO melakukan perbincangan dan penilaian beberapa sistem penamaan,

“Ini melibatkan kumpulan pakar dari seluruh dunia,” katanya.

WHO menegaskan penggunaan nama baharu ini tidak menggantikan nama saintifik varian tersebut.

Tinjauan Air Times di laman WHO mendapati, 4 varian yang membimbangkan (Varian of Concern) COVID-19 telah diberikan nama baharu.

Varian United Kingdom (B.1.1.7) diberi label Alpha manakala varian Afrika Selatan (B.1.351) dilabel sebagai Beta.

Label Gamma diberikan kepada varian Brazil (P.1) sementara varian India dikenali sebagai Delta. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply