Home Semasa Misi kemanusiaan Palestin Ustaz Ebit Liew dapat kelulusan – Timbalan Menteri Luar

Misi kemanusiaan Palestin Ustaz Ebit Liew dapat kelulusan – Timbalan Menteri Luar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ustaz Ebit Lew telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Beliau berkata, Kementerian Luar telah menerima panggilan telefon daripada Ustaz Ebit semalam untuk memaklumkan mengenai msisi kemanusiaan ini dijadualkan bermula 25 sehingga 30 Mei ini.

“Misi kemanusiaan ke Mesir ini bertujuan memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang telah terkesan teruk ekoran serangan rejim Israel ke atas Gaza,

“Urusan yang melibatkan misi tersebut telah dirancang oleh delegasi Ustaz Ebit Lew secara terus dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di Mesir,

“Segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ustaz Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Kamarudin, biarpun misi itu merupakan inisiatif delegasi Ebit Lew sendiri, dinasihatkan agar delegasi tersebut sentiasa berhubung, bekerjasama rapat dan mendengar setiap arahan keselamatan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

“Selain itu, segala peraturan, prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah juga mesti dipatuhi,

“Ini penting terutamanya demi memastikan keselamatan Ustaz Ebit Lew dan delegasi beliau sepanjang di perantauan kelak,” jelasnya.

Tambahnya, secara dasar Kementerian Luar menyokong penuh usaha delegasi Ustaz Ebit ini dan pada masa sama sentiasa mengalu-alukan rakan NGO yang lain untuk turut menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu rakyat Palestin termasuk mewujudkan tabung-tabung bagi mengumpul dana bantuan kemanusiaan.

“Dalam perkara ini, sekiranya diperlukan kementerian boleh membantu untuk menyalurkan dana yang telah selesai dikumpul oleh NGO ini kepada pihak berwajib di Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri,

“Dalam pada itu, saya juga ingin memaklumkan, selain membantu memudahkan usaha NGO, kerajaan juga melalui Kementerian Luar Negeri akan terus menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply