Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 87 tahun: Kesiagaan Armada TLDM sebagai kuasa maritim negara

87 tahun: Kesiagaan Armada TLDM sebagai kuasa maritim negara

by Air Times News Network

LUMUT, 27 Apr – Menginjak usia 87 tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kesiagaan Armada tetap menjadi teras utama sebagai kuasa maritim negara dalam menjaga kedaulatan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, warga TLDM perlu sentiasa berpegang teguh dengan ungkapan ‘We exist because of the fleet’.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menentukan kesiagaan Armada TLDM sentiasa berada di tahap yang terbaik sebagai kuasa maritim negara,” katanya dalam perutusan Hari TLDM ke-87 di Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini.

Sambutan Hari TLDM ke-87 ini bertemakan TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara.

Perbarisan kali ini melibatkan 9 kontinjen yang dibahagi kepada 3 divisyen yang terdiri daripada 28 pegawai dan 478 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai Komander Salleh Sauli TLDM.

Mohd Reza dalam perutusannya juga berkata, TLDM kini telah berkhidmat hampir 9 dekat, membelah samudera, menabur bakti kepada negara.

“Perubahan TLDM ini dapat dilihat antaranya dari aspek penambahan aset baharu, peningkatan pengurusan sumber manusia dan sokongan logistik yang terus berkembang ampuh seiring dengan persekitaran semasa yang dinamik,

“Sepanjang tempoh ini juga, kita telah berjaya mengadaptasikan diri dengan segala bentuk cabaran bagi memenuhi visi dan misi yang telah digariskan,” jelasnya.

Tambahnya, kreativiti, komitmen dan kerjasama semua pihak telah membolehkan TLDM memenuhi hampir semua keperluan operasi, latihan dan selenggaraan tanpa kompromi.

Jelasnya, pemilihan tema Hari TLDM pada tahun ini iaitu “TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara” amatlah bertepatan dengan Teras Utama Halatuju Kepimpinan TLDM yang telah digarapkan. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply