Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Imigresen tahan 39 PATI di Melaka – Air Times News Network
Home Semasa Imigresen tahan 39 PATI di Melaka

Imigresen tahan 39 PATI di Melaka

by Nurulhuda

MELAKA, 18 Apr – Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Melaka dalam 2 serbuan berasingan, semalam.

Kesemua mereka ditahan di sebuah penempatan di tapak pembinaan di Klebang dan di Pasar Borong Batu Berendam, Melaka.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Melaka, Mohd Mukhlis Abu Kassim dalam kenyataan berkata, seramai 31 warga asing terdiri daripada 22 lelaki warganegara Bangladesh, 6 lelaki warganegara Pakistan dan 3 wanita Indonesia ditahan di sebuah penempatan pekerja asing di Klebang.

“Dalam serbuan pertama di kawasan cadangan pembangunan sebuah hotel dan kondominium, terdapat PATI cuba melarikan diri ke kawasan pantai dan belukar berhampiran dengan memanjat pagar,

“Bagaimanapun percubaan mereka gagal dan kesemua PATI berjaya ditahan,” katanya.

Sementara itu, pemeriksaan kedua jam 4 pagi di Pasar Borong Batu Berendam pula, seramai 34 warga asing telah diperiksa dan 8 daripadanya ditahan.

“6 lelaki warga Indonesia dan 2 lelaki warganegara Myanmar telah ditahan dan kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi masa di negara ini dan tiada dokumen perjalanan yang sah,

“Kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 50 tahun,” tambahnya.

Beliau berkata, lebih 130 warga asing diperiksa dalam kedua-dua operasi bersepadu itu dan mereka yang ditahan dibawa ke Depot Sementara Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka untuk tindakan lanjut. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?