Home Semasa PKPD di Rumah Sewa Anong, Beverly Hills ditamatkan lebih awal hari ini

PKPD di Rumah Sewa Anong, Beverly Hills ditamatkan lebih awal hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan dua hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan pada Khamis ini di dua lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 85 kes telah direkodkan,

“KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti itu menunjukkan trend penurunan, kluster adalah terkawal dan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 18 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di dua kawasan tersebut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply