Home Pertahanan dan Keselamatan Penyertaan IPT, perusahaan kecil dan sederhana antara sasaran LIMA 2025

Penyertaan IPT, perusahaan kecil dan sederhana antara sasaran LIMA 2025

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 APR – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 akan mengetengahkan beberapa segmen baharu.

Ini bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadi sebahagian daripada Pameran LIMA 2025 bagi kedua-dua segmen aeroangkasa dan maritim.

“Dalam edisi kali ini, kita akan ada banyak segmen-segmen baharu termasuk teknologi hijau (green technology), PKS dan universiti,

“Ini antara yang  diharapkan kerana pada tahun hadapan kita akan ada penyertaan 500 pempamer,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran LIMA 2025 di Wisma Perwira, hari ini.

LIMA 2025 merupakan edisi ke-17 pameran dwitahunan itu semenjak kali pertama diadakan pada tahun 1991.

Pameran yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 itu bertemakan “”Innovate Today, Thrive Tomorrow”.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pameran ini bermatlamat ntuk mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

“Kami menggalakkan penyertaan daripada Institusi Pendidikan Tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran industri aeroangkasa dan maritim untuk menyertai Pameran LIMA 2025,

“Ini adalah hasrat dan inisiatif kami daripada Kementerian Pertahanan untuk menjadikan Pameran LIMA sebagai sebuah pusat perkembangan industri dan pembangunan sumber manusia,

“Kementerian Pertahanan juga akan bekerjasama rapat dengan GEC sebagai penganjur bersama untuk memastikan LIMA 2025 sebuah acara yang maju jaya di persada antarabangsa,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #Malaysia #LIMA2025

Related Articles

Leave a Reply