Home Pertahanan dan Keselamatan LIMA 2025 akan dianjurkan pada 20-24 Mei tahun hadapan

LIMA 2025 akan dianjurkan pada 20-24 Mei tahun hadapan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 APR – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 akan dianjurkan pada 20-24 Mei 2025.

Pameran dwitahunan yang memasuki edisi ke-17 penganjurannya akan berlangsung selama 5 hari di Pulau Langkawi .

Terdahulu, Majlis Pelancaran LIMA’25 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Wisma Perwira, Kuala Lumpur hari ini.

Pameran dwitahunan itu pada kali ini dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan syarikat Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.

“Kami akan perkenalkan beberapa segmen bagi memeriahkan LIMA 2025,

“Antaranya LIMA TV yang akan menyiarkan siaran langsung pameran untuk tatapan umum termasuklah di media sosial” kata Leftenan Jeneral Sabri Adam TUDM (Bersara), Pengerusi GEC Sdn Bhd.

Beliau percaya bahawa penganjuran pada kali ini akan menempa sejarah tersendiri.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan pameran LIMA adalah pada tahun 2023. Penganjuran pada edisi sebelum ini mencatatkan transaksi kontrak yang dimeteriai sebanyak RM17.6 bilion dengan penyertaan 600 syarikat pempamer dari 30 buah negara. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #LIMA25

Related Articles

Leave a Reply