Home SemasaGlobal Militia pro Iran adalah ancaman kepada Timur Tengah – Media Arab

Militia pro Iran adalah ancaman kepada Timur Tengah – Media Arab

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 APR – Negara-negara Arab perlu melihat kewujudan kumpulan militan pro Iran sebagai satu ancaman yang besar.

Perkara tersebut dinyatakan bekas editor harian dan wartawan senior Al-Sharq Al-Aswat, Tariq Al-Homayed.

“Negara Arab seharusnya bersetuju dalam perkongsian naratif untuk menolak militia Iran di rantau Timur Tengah dan juga kewujudan mereka di kawasan sempadan negara-negara Arab,

“Saya faham perkara ini adalah sukar tetapi kesannya adalah kehancuran negara dan konsep kenegaraan Arab,” katanya dalam penulisan beliau di Al-Sharq Al-Aswat.

Menurut beliau, tindakan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat tidak mencukupi. Jelasnya, tindakan yang diambil adalah sekadar untuk meredakan ketegangan dan mengelakkan ia dari berulang.

Tariq juga menegaskan tindakan yang diambil seperti mengenakan sekatan baharu terhadap Iran adalah tidak mencukupi kerana ia lebih berfokus untuk menghalang pengeluaran dron dan misil oleh Tehran.

“Matlamat tindakan sebegini adalah untuk meredakan ketegangan tetapi bukannya penyelesaian yang mampan,

“Tindakan ini hanya bertujuan untuk meredakan kebimbangan keselamatan Israel, dan itu berbahaya,

“Hakikatnya, keutamaan sebenar adalah menjaga negara-negara sederhana Arab, serta negara-negara Arab yang diancam atau lumpuh oleh militia Iran,” katanya.

Beliau turut menjadikan Syria sebagai pengajaran kerana ia sebuah negara yang gagal.

“Di Syria, kita melihat terdapat pasukan tentera Amerika, Rusia, dan Turki,

“Pada masa yang sama, terdapat elemen pendudukan Iran melalui militia seperti Briged Fatimiyoun, Briged Zainabiyoun, dan Hizbullah,” ujarnya.

Beliau menambah, pihak media Al-Sharq Al-Aswat telah menerbitkan laporan mengenai kawasan sempadan Lubnan-Syria yang dikawal oleh kumpulan dan puak tertentu.

Senior media Arab turut menyatakan kewujudan Hezbollah di Lubnan yang telah mencapai penguasaan melalui senjata.

“Mereka (Hezbollah) telah melumpuhkan negara (Lubnan), presiden, bank dan badan kehakiman,

“Akibatnya, Lubnan telah menjadi negara mafia,” katanya.

Tariq turut menyatakan tindakan kumpulan militia pro-Iran di Yaman, Houthi adalah terburu-buru dan sia-sia kerana menganggu perkapalan.

“Houthi telah mengheret Yaman ke dalam krisis bagi memenuhi kepentingan Iran,

“Tindakan mereka telah mendorong Yaman ke jurang ekonomi, makanan dan keselamatan,” katanya.

#AirTimes #Global #Iran #Arab

Related Articles

Leave a Reply