Home Pertahanan dan Keselamatan Kerjasama industri-persatuan tingkat keupayaan perusahaan dron negara

Kerjasama industri-persatuan tingkat keupayaan perusahaan dron negara

by M.Daim

PETALING JAYA, 23 Mac – Syarikat pembekal teknologi dron, Maju Efektif Sdn Bhd hari ini menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia UAV Drones Activist Society (MUDAS) bagi mempertingkatkan mutu industri dron Malaysia.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Dron MESB, Mohdan Amran dan Setiausaha MUDAS, William Robert Alvisse.

Majlis ringkas itu turut disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif HKT Holding, Datuk Seri John Hii; Pengerusi MESB, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Abdullah Ahmad (Bersara); Presiden MUDAS, Brigadier Jeneral (B) Datuk Nazri Dashah; dan Pengarah Pengurusan MESB, Datuk Dr Naspu Daud.

Abdullah menjelaskan perjanjian antara kedua-dua pihak merupakan satu pencapaian yang penting untuk memajukan industri dron dalam negara.

“Kita dapat melihat bahawa teknologi dron dapat dimanfaat oleh masyarakat dan pasukan keselamatan,

“Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan tahap pendapatan negara,” katanya.

Sementera itu, Nazri menyatakan  perjanjian ini merupakan yang pertama antara MUDAS dengan pemain industri dron tempatan.

“Ini merupakan perjanjian pertama antara MUDAS dengan pihak industri dron tanah air,

“MUDAS merancang untuk membantu dan menyelia syarikat dron tempatan untuk membangunkan teknologi ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani MOU.

Tambah beliau, MUDAS bermatlamat untuk melihat pembangunan teknologi dron dapat dimanfaatkan bagi kepentingan negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply