Home Semasa Didenda RM23,000 akibat ringan tangan hantar komen jelik nahas helikopter

Didenda RM23,000 akibat ringan tangan hantar komen jelik nahas helikopter

by Nurulhuda

TAIPING, 26 Apr – Mahkamah Sesyen Taiping hari ini mendenda seorang peniaga dalam talian RM23,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik mengenai mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut, Perak, Selasa lalu.

Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Saifuddin Shafik, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengarahkannya dipenjara 3 bulan
jika gagal membayar denda.

“Hukuman ini diharap jadi pengajaran kepada kamu supaya tidak mengulangi kesalahan begini dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial.Gunakan media sosial secara berhemah,” kata hakim seperti dilapor Bernama.

Muhammad Saifuddin Shafik turut memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

“Secara tulus ikhlas, saya mohon maaf kepada semua ahli keluarga mangsa dan anggota tentera,

“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya. Di sini saya (juga) ingin memohon maaf secara tulus ikhlas kepada mana-mana orang awam dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang terkesan dengan ‘posting’ saya,” ujarnya.

Saifuddin melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 1.15 tengah hari, 23 April lepas dan kandungan itu dibaca di Gedung Sari Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai pada 6.30 petang hari sama.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Wan Azimah Yaacob memohon hukuman berat dikenakan supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi mesej kepada tertuduh serta orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah, selain kesalahan itu telah melukakan hati pengadu, waris malah seluruh rakyat negara ini.

Peguam Amin Othman yang mewakili Saifuddin merayu hukuman berbentuk denda dikenakan atas alasan tertuduh, yang berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500, perlu menanggung isteri dan ibu bapa.

Amin berkata faktor kesihatan anak guamnya yang didiagnosis penyakit bipolar sejak 2011 juga perlu diambil kira dan Saifuddin masih menerima rawatan di beberapa pusat perubatan sehingga 2023, selain ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh.

Pada Selesa, 2 helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung dan terhempas ketika menjalani raptai sempena lintas hormat sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Tragedi pagi Selasa di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, termasuk 3 wanita.-airtimes.my

#tldm #airtimes #hina #nahashelikopter #lumut

Related Articles

Leave a Reply