Home Semasa COVID-19: 1,495 kes sembuh dengan 5 kematian hari ini

COVID-19: 1,495 kes sembuh dengan 5 kematian hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Sebanyak 1,495 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 318,784 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh itu mengatasi jumlah kes harian baharu iaitu sebanyak 1,116 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara 334,156 kes.

Daripada jumlah baharu hari ini, 8 kes import dan 1,108 kes membabitkan penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,134 kes.

Sementara itu, negeri Selangor melaporkan kes baharu harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 403 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 158 kes dan Sarawak sebanyak 124 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.⠀

Selain itu, katanya, terdapat 156 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 5 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,238 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing 1 kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,

“Sebanyak 4 kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara,” ujarnya.

Sementara itu, 10 kluster baharu dikesan hari ini yang melibatkan 8 kluster tempat kerja dan 2 kluster komuniti.– airtimes.my ⠀

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply