Home Pertahanan dan Keselamatan Masih degil, 59 PATI ditahan ceroboh sempadan negara

Masih degil, 59 PATI ditahan ceroboh sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Seramai 59 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, pasukan keselamatan juga telah merampas 5 buah kenderaan darat serta 4 buah bot atau kapal dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi tersebut juga, pihak berkuasa turut mengesan 39 buah bot atau kapal di perairan melalui 7 aktiviti penglihatan,”katanya dalan kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Melalui Op Benteng semalam juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 266 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan sebanyak 206 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 181 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Daripada jumlah itu, 93 dikompaun, dan 80 direman manakala 8 telah dijamin,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk aktiviti pusat hiburan (106); tiada penjarakan fizikal (35), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri dan pelanggan (24); aktiviti perjudian (8); tidak memakai pelitup muka (5); merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (2); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (1),” jelasnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply