Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat TDM, YADIM bina rumah baharu bantu keluarga kurang kemampuan

TDM, YADIM bina rumah baharu bantu keluarga kurang kemampuan

by Nurulhuda

PITAS, 20 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dengan membina rumah baharu untuk seorang penduduk kampung yang tidak mempunyai pekerjaan tetap di Kampung Saab, semalam.

Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) berkata, projek ini dilaksanakan bagi keselesaan dan keselamatan Jasle Malada yang hanya bekerja mengambil upah harian di kampung dan mempunyai seorang isteri Orang Kurang Upaya (OKU) serta 2 orang anak.

“Projek pembinaan rumah baru ini dibina dengan bantuan kepakaran dari Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD),

5 Skn RAJD telah diaturgerak untuk membina rumah baharu bagi keselesaan dan keselamatan Jasle Malada yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menyara keluarganya. Foto: Markas 5 Div

“Formasi Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) turut menganjurkan promosi kerjaya Askar Wataniah (AW) oleh 507 Rejimen AW, pameran perpustakaan negeri Sabah, program derma darah serta pemeriksaan kesihatan bagi penduduk di sekitar Kampung Saab, Pitas,” katanya.

Pihak 5 Divisyen berkata, program ini merupakan satu elemen penting bagi mendukung pencapaian 5 Tonggak Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang telah digariskan. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply