Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM kepung kawat duri kawal pergerakan penduduk di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2

ATM kepung kawat duri kawal pergerakan penduduk di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2

by Air Times News Network

SIBU, 28 Feb – Seramai 2 pegawai dan 6 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ketoga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) telah diaturgerak membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu memasang kawat duri di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, semalam.

Pemasangan kawat tersebut adalah berikutan pengumuman kerajaan yang mengenakan lokaliti itu sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Feb hingga 12 Mac ini.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk membantu agensi-agensi lain bagi melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti berkenaan.

“PKPD itu dilaksanakan untuk memudahkan pihak KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas hampir 2,500 penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply