Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Mangsa banjir di Sabah terima bantuan kemanusiaan Kementerian Pertahanan Prihatin 2021

Mangsa banjir di Sabah terima bantuan kemanusiaan Kementerian Pertahanan Prihatin 2021

by Nurulhuda

SABAH, 31 Jan – Anggota tentera di bawah pemerintahan Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) telah melaksanakan pengagihan Sumbangan Bantuan Kemanusiaan (SBK) di bawah inisiatif Kementerian Pertahanan Prihatin 2021 kepada mangsa yang terjejas banjir di Sabah, semalam.

Markas 5 Briged dalam satu hantaran di media sosial rasminya berkata, SBK ini telah diagih dan dihantar ke 12 daerah di seluruh negeri Sabah merangkumi Sipitang, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Sepanggar, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Silam dan Lahad Datu.

“SBK ini telah diserahkan oleh wakil dari Kem 5 Briged dan pasukan yang terlibat kepada pemimpin setempat atau wakil dan kemudiannya akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Menurut hantaran tersebut, pasukan di bawah naungan 5 Briged telah diatur gerakkan bagi penyerahan bantuan tersebut ke lokasi yang telah ditetapkan dengan selamat.

“Di antara pasukan yang terlibat adalah seperti Kem 5 Briged, 5 Skuadron Semboyan Briged (5 SSB), 5 Kor Perkhidmatan Diraja (5 KPD) yang bertindak sebagai koodinator dalam pengagihan dan penghantaran bantuan ini,

“Turut membantu dalam pengagihan dan penghantaran SBK ini adalah pasukan 6 Rejimen Artileri Diraja (5 RAD),

“Di antara barangan bantuan yang diserahkan seperti tilam lipat, selimut, baju sejuk kanak-kanak, kain batik, kain pelikat, telekung, kain tuala, dapur gas, water jet , messtin, mangkuk sup dan Hygiene Kit,” tambahnya.-airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply