Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat hulur bantuan pasca banjir di Pahang

Tentera Darat hulur bantuan pasca banjir di Pahang

by Nurulhuda

PAHANG, 17 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama agensi awam lain giat menghulurkan bantuan pasca banjir di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir di negeri Pahang sejak 14 Januari 2021.

Markas Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) (4 Bgd Mek) dalam satu hantaran di akaun Facebook berkata, antara ktiviti yang dijalankan adalah membersihkan kawasan yang terjejas, melupuskan barang-barang yang rosak, mengambil cubical dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta membantu melakukan sanitasi ke atas PPS yang telah ditutup.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Sekolah Rendah Agama At Taqwa, Temerloh yang dilaksanakan oleh Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD) (Mek),

“Sek Menengah Kebangsaan Benta, Kuala Lipis oleh Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) dan SMK Pulau Tawar, Jerantut oleh 7 RRD (Mek),”katanya.

Anggota TDM membersihkan Sekolah Men Kebangsaan Bente, Kuala Lipis yang terjejas akibat banjir. – Foto: Mk 4 Briged (Mekanize)

Selain itu, pasukan Rejimen ke-12 Askar Melayu Diraja Mekanize (12 RAMD (Mek) dan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) diberi penugasan membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka.

Manakala, pasukan Rejimen Ke-34 Artileri Diraja (34 RAD) turut membantu dalam memindahkan barang bantuan banjir dari SMK Seri Bera ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera.

Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun kepada 4,176 orang membabitkan 1,177 keluarga di 52 PPS di lima daerah, sehingga pagi tadi.

Portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), petang semalam merekodkan seramai 4,610 orang daripada 1,280 keluarga masih berada di 59 PPS.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,620 orang, diikuti Kuantan (777 mangsa), Maran (723 mangsa), Bera (54 mangsa) dan Temerloh (dua mangsa). –airtimes.my

Anggota TDM turut melupuskan barang-barang yang rosak akibat bencana banjir. Foto: Mk 4 Briged (Mekanize)

Related Articles

Leave a Reply