Home SemasaGlobal Aiskrim COVID-19: China kerah petugas kesihatan jejak produk konfeksi tercemar virus

Aiskrim COVID-19: China kerah petugas kesihatan jejak produk konfeksi tercemar virus

by M.Daim

TIANJIN, 17 Jan – China melaporkan sejumlah produk aiskrim keluaran syarikat tempatan di negara itu telah dicemari dengan virus COVID-19.

Kes pencemaran ini dikesan selepas 3 sampel produk tersebut telah diuji oleh pihak berkuasa tempatan Tianjin di kawasan timur laut China.

“Sebanyak 4,836 kotak aiskrim dikesan telah tercemar dan 2,089 daripadanya telah berjaya dihalang keluar dari premis pengilang Tianjin Daqiaodao Food Company,

“Walaubagaimanapun, 1,812 kotak aiskrim telah diedar dan 935 daripadanya adalah dijual dalam pasaran tempatan,” lapor China Daily.

Menurutnya, 65 kotak aiskrim tercemar telah dijual. Namun, baki aiskrim yang diedar tidak dinyatakan sama ada ianya telah dieksport atau masih berada dalam China.

Sementara itu, pihak berkuasa China mengeluarkan arahan kepada mana-mana pembeli produk terbabit untuk melaporkan segera kepada pihak kesihatan.

“Kesemua 1,662 pekerja syarikat telah diperiksa dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri,” kata laporan itu.

Pakar virologi University of Leeds, Dr Stephen Griffin menyatakan pencemaran tersebut mungkin berpunca dari tahap kebersihan kilang.

Beliau menambah, suhu yang sejuk memudahkan virus untuk terus hidup dan membiak.

“Namun, kita tidak perlu panik bahawa setiap aiskrim di pasaran telah dicemari oleh COVID-10,” jelas Stephen. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply