Home Semasa Ambil serius PKP atau seluruh negara menjadi zon merah – Pengarah Kesihatan

Ambil serius PKP atau seluruh negara menjadi zon merah – Pengarah Kesihatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan semua pihak perlu serius dalam mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, pematuhan adalah perlu bagi menggelakkan wabak COVID-19 terus menular dalam komuniti.

“Tiba masanya untuk serius dalam mematuhi PKP. Jika tidak, seluruh negara akan menjadi zon merah dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Semalam, Malaysia telah mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi iaitu 4,029 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply