Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Op Murni: Helikopter EC725 TUDM terbangkan 6.6 tan bekalan makanan ke Termeloh

Op Murni: Helikopter EC725 TUDM terbangkan 6.6 tan bekalan makanan ke Termeloh

by Nurulhuda

KUANTAN, 9 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerakan 2 buah pesawat Helikopter EC725 AP dari No 10 Skuardron, Pangkalan Udara Kuantan bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Termeloh, Pahang.

TUDM dalam kenyataan berkata, sebanyak 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa ke 2 buah pusat pengumpulan iaitu di SMK Seberang Temerloh dan Kem Batu 3 untuk diagihkan ke kawasan terjejas.

Sebanyak 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa ke 2 buah pusat pengumpulan di Termeloh, Pahang. Foto: TUDM

“Keadaan semasa banjir di sekitar kawasan daerah Temerloh yang masih belum surut menyebabkan banyak laluan ke kawasan penempatan terjejas masih tidak dapat dilalui oleh kenderaan darat untuk melaksanakan penghantaran bantuan,

“Justeru, sebanyak 8 sortie dilaksanakan oleh No 10 Skuadron untuk membawa lebih kurang 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas dari JKM,

“Misi penerbangan yang diketuai oleh Mejar Mohd Asrul Junid TUDM dan 18 anak kapal ini telah bermula pada jam 9.10 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 6.15 petang semalam,” jelas TUDM.

Selain itu, TUDM turut melaksanakan penghantaran 5 buah enjin bot 40 kuasa kuda bagi kegunaan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) bagi melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan ke kawasan-kawasan terjejas menggunakan bot. –airtimes.my

TUDM turut membawa 5 buah enjin bot 40 kuasa kuda bagi kegunaan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dalam melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan ke kawasan-kawasan terjejas menggunakan bot. Foto: TUDM

Related Articles

Leave a Reply