Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia hantar kumpulan logistik tarik aset Hospital Medan Cox’s Bazar

Malaysia hantar kumpulan logistik tarik aset Hospital Medan Cox’s Bazar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Majlis Penghantaran kumpulan pentadbiran dan logistik Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox’s Bazar, Bangladesh telah diadakan di Dewan Tanjung, Wisma Transit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM berkata, tujuan penghantaran kumpulan ini adalah bagi proses penutupan dan penarikan semula aset-aset HMM di Cox’s Bazar, Bangladesh.

“Penugasan kumpulan ini merupakan tanggungjawab bagi memastikan segala usaha kerjasama kita selama ini sejak 3 tahun lepas bersama pihak Kerajaan Bangladesh bagi membantu warga Rohingya ditutup dengan baik,

“Penutupan dan penarikan aset-aset HMM ini akan menentukan kejayaan misi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh,” katanya dalam ucapan majlis perasmian tersebut.

Kumpulan yang diketuai oleh Kolonel (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar dan 16 orang petugas yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) ini akan melaksanakan tugas selama 2 bulan di Bangladesh.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama (MAB), Mejar Jeneral Datuk Md Fauzi Salleh TUDM dan pegawai-pegawai kanan ATM– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply