Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Terima kasih ATM bertungkus lumus siapkan jambatan sementara – Penduduk

Terima kasih ATM bertungkus lumus siapkan jambatan sementara – Penduduk

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_6E2vV9rvmo[/embedyt]

 

RAUB, 8 Jan – Cogan kata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’ masih lagi releven sehingga kini.

Walaupun negara mengecapi suasana aman dari serangan komunis, tugas dan peranan anggota tentera tidak pernah ‘sunyi’ dalam membantu rakyat terutamanya ketika dilanda bencana seperti wabak pandemik COVID-19 dan banjir.

Seorang pesara tentera, Abdul Rahman Bidin, 68, turut meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada pemerintahan tertinggi ATM kerana telah berusaha untuk membantu penduduk kampung yang ketika ini dalam kesusahan.

Pesara tentera, Abdul Rahman Bidin berkata, Cogan kata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’ masih terbukti.

Abdul Rahman yang merupakan penduduk di Raub mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anggota 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kerana telah bertungkus lumus menyiapkan jambatan Compact Bailey 200 untuk kemudahan peduduk di Kampung Lechar.

“ATM telah menggunakan khidmat bakti, yang mana Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah turun padang bersama tentera dengan melancarkan program untuk menyiapkan jambatan sementara ini,

“Tahniah juga kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM kerana bertindak cepat untuk menyelesaikan masalah yang kritikal pada ketika ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak pembinaan jambatan, disini hari ini.

Abdul Rahman melihat kerja pemasangan jambatan sementara oleh anggota 91 Rejimen Bantuan RAJD di Kampung Lechar, Raub.

Semalam, ATM telah mengerahkan anggota dari 91 Rejimen Bantuan RAJD untuk melaksanakan jambatan yang runtuh akibat banjir sejak Sabtu lalu.

Pembinaan jambatan ini telah menjejaskan lebih 300 penduduk di Taman Perumahan Makmur Lechar Jaya dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar serta masyarakat setempat di kawasan berkenaan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply