Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Alasan ingin bekerja, 8 PATI Indonesia dihalau keluar dari Sarawak

Alasan ingin bekerja, 8 PATI Indonesia dihalau keluar dari Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 12 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya menahan dan mengusir 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyelinap masuk ke Sarawak pada 10 hingga 12 Disember 2020.

Markas 1 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, 3 penahanan dan pengusiran telah dilaksanakan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di lokasi yang berasingan di sempadan Sarawak –Indonesia.

“Kejadian pertama pada 10 Disember 2020 sekitar jam 3.00 petang, anggota pasukan yang melaksanakan rondaan keselamatan sempadan di lorong tikus sekitar Sektor Balai Ringin telah berjaya mengesan dan menahan 2 orang PATI yang sedang berusaha untuk masuk ke Sarawak,

“Setelah ditahan dan diperiksa, mereka berasal dari Kampung Jangkang, Indonesia,

“Manakala penahanan kedua di sekitar sektor Tebedu pada jam 11.00 malam, sepasukan anggota telah berjaya mengesan dan menahan 5 orang PATI yang cuba menyelinap untuk masuk ke Sarawak,

“Setelah ditahan dan diperiksa, mereka berasal dari Entikong dan sama seperti kes-kes sebelum ini, mereka ingin ke Kuching, Sarawak untuk bekerja. Kesemua mereka diusir keluar dari Malaysia setelah laporan Polis dibuat di Balai Polis Tebedu,

Menurutnya, kes ketiga melibatkan seorang PATI yang tekad berjalan menuju kearah Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Serikin, sebelum ditahan oleh anggota yang sedang berkawal.

“Setelah diperiksa dan disoal siasat, PATI tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan turut menyatakan ingin ke Kuching mencari kerja,

“Tekanan dan desakan untuk menampung kos sara hidup yang terjejas akibat pandemik ini dan Pintu Sempadan Antarabangsa yang masih ditutup berkemungkinan menjadi penyebab kepada cubaan PATI masuk ke Sarawak secara haram,” jelasnya.

Untuk rekod, awal bulan Disember ini sahaja telah mencatatkan 5 kes penahanan PATI, 2 daripadanya berlaku di Sektor Tebedu.

“Walau bagaimanapun, kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti menyelinap masuk ke Sarawak dikala pandemik ini berjaya dihalang dan dibanteras hasil daripada kawalan sempadan yang ketat dan tindakan pantas pasukan-pasukan keselamatan melalui inisiatif Op Benteng. –airtimes.my

Tekanan dan desakan untuk tampung kos sara hidup yang terjejas akibat COVID-19 dan penutupan Pintu Sempadan Antarabangsa jadi penyebab PATI masuk ke Sarawak secara haram.

#ATM #TDM #pertahanan #AirTimes #Sarawak #COVID19Malaysia

Related Articles

Leave a Reply