Home Semasa Jangkitan baharu COVID-19 kekal 4 angka

Jangkitan baharu COVID-19 kekal 4 angka

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kes jangkitan baharu COVID-19 masih mencatatkan 4 angka, iaitu sebanyak 1,472 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dan ia menjadikan kes kumulatif positif wabak berkenaan di Malaysia sebanyak 67,169 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 891 kes, di mana 778 kes daripadanya adalah daripada Kluster Teratai.

“Sejak diumumkan pada 7 November lalu, seramai 6,603 individu telah disaring bagi Kluster Teratai. Daripada jumlah ini, sebanyak 5,056 kes telah dikesan positif COVID-19 yang melibatkan 331 warganegara dan 4,725 kes adalah bukan warganegara,

“Sebanyak 1,501 individu dikesan negatif manakala 46 individu masih menunggu keputusan. Kesemua kes-kes positif ini telah diasingkan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan pada hari ini, terdapat 5 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,467 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,552 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 56,311 kes,

“Sehingga kini, terdapat 120 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambahnya

Beliau turut menjelaskan, terdapat pertambahan 3 kes kematian COVID-19 pada hari ini, dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 363 kes.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan terdapat 2 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.

“Kluster View Kolombong melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks (kes ke-65698) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 1 Disember 2020, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,

“Manakala, Kluster Talang-Talang pula melibatkan daerah di Kota Kinabalu yang telah menjangkiti 18 individu sehingga hari ini,” tambahnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply