Home Semasa 3 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD selama 14 hari

3 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD selama 14 hari

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Sebanyak 3 lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 2 Disember hingga 15 Disember 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan di Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sandakan melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 324 ujian saringan dan sebanyak 104 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan tahanan dan kakitangan di pusat tahanan ini,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Manakala PKPD di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu melibatkan melibatkan 914 buah rumah dengan 4,934 penduduk.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 665 ujian saringan dan sebanyak 90 kes kumulatif COVID-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini,

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan 914 buah rumah dengan jumlah seramai 4,934 orang penduduk,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply