Home Semasa Sultan Johor kurnia bot laju kepada PPM Wilayah 2 Mersing

Sultan Johor kurnia bot laju kepada PPM Wilayah 2 Mersing

by Air Times News Network

MERSING, 28 Nov – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot laju Integrated Marine Group (IMG) kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing, Johor, semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Sultan Johor, baginda bertitah pengurniaan bot laju dengan enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh itu adalah bagi penugasan PPM di kepulauan serta perairan Mersing.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad dan SM Risik/Operasi PPM Wilayah 2 Mersing, Sarjan Mejar Hasnuddin Hassan.

Manakala, menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 2 berkata, bot dengan anggaran harga RM600 ribu tersebut ditempatkan di Skuadron Perahu Khas (SPK), Kem Iskandar, Jalan Sekakap, Mersing.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, baginda Sultan Johor bertitah agar kesemua pegawai dan anggota PPM Wilayah 2 Mersing dapat menjaga serta menggunakan bot dengan sebaik mungkin. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply