Home Pertahanan dan Keselamatan 38 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

38 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong ditahan semalam menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi bersepadu oleh pasukan keselamatan turut merampas 8 kenderaan darat.

“Sebanyak 250 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 183, 58 SJR melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) (58) dan 9 menersui Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM semalam telah menahan 502 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 470 individu telah dikompaun manakala 32 individu pula direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizizkal sebanyak 204, tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (40),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply