Home Pertahanan dan Keselamatan APMM usir 40 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

APMM usir 40 bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT, 14 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak telah mengusir 40 bot nelayan Indonesia di perairan negara di kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak, semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kehadiran bot nelayan Indonesia telah di kesan oleh Kapal Maritim (KM) Rawa ketika membuat rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) di perairan Perak.

“Hasil pemeriksaan, kesemua bot tersebut adalah bot nelayan tradisional Indonesia bersama 4 awak-awak termasuk tekong setiap bot sedang melakukan aktiviti menangkap ikan,

“KM Rawa telah memberi amaran keras kepada semua bot untuk menghentikan aktiviti tersebut dengan kadar segera,

“Kesemua bot telah diiring KM Rawa bagi tujuan keluar dari perairan negara dan memastikan mereka tidak berpatah balik masuk ke sempadan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, dalam tempoh dari 18 Mac 2020 hingga sekarang sejumlah 199 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara berjaya diusir keluar dari sempadan Malaysia.

“Tindakan pengusiran bot nelayan asing dan PATI keluar dari perairan Malaysia adalah untuk menyekat penyebaran wabak COVID-19 menerusi warga asing serta membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

“APMM Perak akan terus meningkatkan pemantauan di perairan negara bagi mengelakkan pencerobohan berlaku,” ujarnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply