Home Semasa Kes jangkitan COVID-19 kembali catat 4 angka

Kes jangkitan COVID-19 kembali catat 4 angka

by M.Daim

PUTRAJAYA, 26 Okt – Jumlah kes jangkitan baharu secara COVID-19 di Malaysia kembali mencatat 4 angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1240 kes jangkitan baharu direkodkan.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi setakat ini.

“Jumlah kes hari ini melibatkan 2 kes import dan 1,238 penularan tempatan,” jelas Noor Hisham.

Kali terakhir angka tertinggi kes harian yang dicatatkan adalah 1,228 kes pada 24 Oktober lalu.

Taburan kes hari ini menunjukkan Sabah masih mencatatkan angka tertinggi dengan 927 kes baharu.

Manakala Selangor mencatatkan 177 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 17 kes. Putrajaya tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes.

Sementara itu, 7 kematian dan 691 pesakit sembuh direkodkan pada hari ini.

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes dengan 17,825 daripadanya disahkan pulih.

Angka kematian pula adalah sebanyak 236 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply