Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 11 PATI cuba bolos ke Indonesia

Tentera Darat cekup 11 PATI cuba bolos ke Indonesia

by Nurulhuda

JOHOR, 12 Okt – Hasrat 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke kampung halaman tidak kesampaian apabila ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di kawasan Felda Tenggaroh, Ladang Pasir Logok, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan berkata, kesemua PATI yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 45 tahun yang dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal melalui laluan yang tidak sah.

“Susulan daripada tangkapan semalam, pasukan yang meneruskan pemantauan dan usaha menjejaki saki baki PATI telah berjaya mengesan sekumpulan PATI sedang berjalan melalui pinggir kawasan berkenaan,

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply