Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kor Armor Diraja serkup 11 PATI Indonesia

Kor Armor Diraja serkup 11 PATI Indonesia

by Nurulhuda

JOHOR, 10 Okt – Hasrat 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk memasuki negara secara haram tidak kesampaian apabila berjaya dipatahkan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), awal pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (Mk 3 Div) menyatakan, penahanan tersebut dibuat ketika anggota 1 KAD sedang melaksanakan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) di persisir Pantai Logok, Felda Tenggaroh, Johor.

“Hasil serbuan sekitar jam 6.30 pagi telah berjaya menangkap 11 PATI warga negara Indonesia terdiri daripada 4 lelaki dan 7 wanita berusia sekitar 23 hingga 45 tahun yang sedang bersembunyi dalam hutan di pantai berkenaan,

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Pos Tuan Sheh untuk dibuat pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 6,119.21 melibatkan wang tunai RM 1,120.00 dan matawang Indonesia berjumlah 5,067,600.00 (RM 1,432.21) serta 7 buah telefon bimbit,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply