Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Eksesais Paradise uji keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM

Eksesais Paradise uji keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Paradise Siri 7/2020 melibatkan ruang udara sekitar Semenanjung Malaysia bermula esok hingga 23 Oktober depan.

TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan  yang telah digazetkan sebagai lokasi latihan sepanjang eksesais tersebut.

“Antara pesawat yang terlibat termasuk pesawat pejuang F/A-18D, Su-30MKM dan Hawk 108/208; pesawat pengangkut C-130H, A400M dan CN 235 selain helikopter EC-725 AP,

“Latihan ini diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara,” menurut kenyataan itu.

TUDM turut menasihati orang ramai agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat TUDM terbang rendah di kawasan mereka sepanjang tempoh eksesais dijalankan.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply