Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Askar Melayu bantu naik taraf rumah pelajar cemerlang

Askar Melayu bantu naik taraf rumah pelajar cemerlang

by M.Daim

PASIR MAS, 5 Okt – Batalion ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) hadir menghulurkan bantuan untuk menaiktaraf rumah keluarga seorang pelajar cemerlang dari SMK Kendondong, Pasir Mas.

Program Jiwa Murni 16 RAMD “Malaysia Prihatin” yang memberi fokus kerja membaik pulih rumah rumah pelajar tersebut telah dilaksanakan selama sebulan semenjak awal September lalu.

Rumah yang siap telah dirasmikan oleh Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Ustaz Rozi Muhamad.

Menurut Briged Kelapan Infantri (8 Bgd), usaha secara bersama dengan pelbagai agensi ini adalah bermatlamat meningkatkan keselesaan keluarga Nurul Syafiqah Elias yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Kami berharap persekitaran yang kondusif akan dapat menyumbang kepada kecemerlangan Nurul Syafiqah akan menduduki SPM,

“Beliau merupakan pelajar yang berprestasi cemerlang serta menjadi pelajar harapan SMK Kedondong,” katanya.

Selain itu, pihak 8 Bgd turut menyatakan program sebegini dapat meningkatkan hubungan Tentera Darat Malaysia dan masyarakat, selari dengan Tonggak ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-28. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply